Khidmat Tentera David Murray-Lyon

Murray-Lyon ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam tahun 1908 di dalam Tentera Simpanan Britain (Territorial Army) dalam pasukan Royal Garrison Artillery. Dalam tahun 1910, dia ditukarkan ke batalion ke-3 King's Own Scottish Borderers sebagai pegawai simpanan. Dalam tahun 1911 Murray-Lyon menjadi pegawai tetap dan ditukarkan bertugas dengan Batalion Pertama Rejimen Highland Light Infantry berpangkalan di Lucknow, India.

Perang Dunia I

Muyrray-Lyon Berkhdimat Selama 4 tahun Di Perancis Dalam Peperangan Parit Di Barisan Hadapan

Selepas meletusnya Perang Dunia I, banyak rejimen-rejimen British yang berkhidmat di seluruh pelosok empayar dipanggil pulang untuk berkhidmat di Perancis. Batalion Highland Light Infantry dihantar ke Perancis dalam tahun 1914 dan ditempatkan di barisan hadapan pada permulaan tahun 1915. Semasa peperangan parit di Perancis, Murray-Lyon menerima kecederaan sebanyak 2 kali, dan telah Dipuji Dalam Laporan (Mentioned in Dispatches) dan diberikan pingat Military Cross untuk keberanian di Flanders. Dalam tahun 1916, Murray-Lyon dinaikkan pangkat menjadi Mejar dan menjadi Adjutan Batalion ke-4 Highland Light Infantry.

Dalam bulan Disember 1916, Murray-Lyon dijadikan Timbalan Pemerintah Batalion Kedua Highland Light Infantry sehingga buan November 1917 apabila dia dijadikan Pegawai Pemerintah King's Regiment (Liverpool). Semasa dengan batalion ini, Murray-Lyon memenangi anugerah Distinguished Service Order semasa memimpin batalionnya dalam pertempuran di Moeuvres.

Dalam tahun 1917 hingga 1918, Murray-Lyon dipuji sebanyak 3 kali dalam laporan dan dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel (Sementara) dan menjadi pegawai pemerintah Batalion Kedua Highland Light Infantry dan dalam bulan Jun 1918 menjadi pegawai pemerintah Batalion 1/15 Royal Scots Fusiliers sehingga akhir peperangan.

1919 - 1939

Pingat DSO

Selepas Perang Dunia I Tentera British dikecilkan dan Murray-Lyon, seperti lain-lain pegawai tetap Tentera British diturunkan pangkat menjadi Mejar. Dia kembali sebagai Adjutan dalam Batalion ke-6 Highland Light Infantry. Murray-Lyon kemudian ditugaskan dengan Batalion Ke-2 Highland Light Infantry dalam beberapa tugasan di Mesir dan India.

Dalam tahun 1927, Murray-Lyon berpindah khidmat kepada Tentera British India dan dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel dalam tahun 1932 dan menjadai pegawai pemerintah Batalion ke-2 Rejimen ke-4 Prince of Wales's Own Gurkha Rifles sehingga tahun 1939 apabila dia menjadi pegawai perantara Tentera British India di Scotland.